• Harmoni Diversiti

    Harmoni Diversiti

    Kesepaduan dalam menjalankan sebarang aktiviti sekolah. Kesemua pelajar PraU yang datang daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya tidak menghadapi sebarang masalah dalam jalinan dan jaringan kerjasama samada dalam kelas atau di antara kelas.

  • Cemerlang Berketrampilan

    Cemerlang Berketrampilan

    Pemupukan budaya kecemerlangan dalam bidang akademik dan koakademik. Imej dan ketrampilan pelajar juga turut ditekankan agar dapat memberi gambaran yang positif kepada pelajar--pelajar lain.

  • Kondusif

    Kondusif

    Penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang selesa kepada pelajar. Pelbagai kemudahan disediakan termasuk bilik media dan informasi, bilik serbaguna, kelas yang dilengkapi dengan LCD dan pendingin hawa. Semua ini dilakukan demi memastikan pelajar dan guru sentiasa berasa selesa sepanjang sesi persekolahan.

  • Komited

    Komited

    Demi mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan koakademik, pelajar komited dalam menjayakan misi dan visi KPM bagi menjana potensi diri dalam memajukan mutu pendidikan negara.

Sunday, August 21, 2016

Kejohanan Mini Olahraga PraU SMK Kuhara, TAwau

20 Ogos - Sekolah telah menghantar 2 pasukan bagi meyertai Kejohanan Mini Olahraga yang dianjurkan oleh PraU SMK Kuhara.

Kita telah berjaya mendapat tepat pertama bagi kategori perempuan manakala pasukan lelaki berjaya menduduki tempat keempat daripada 7 buah sekolah yang mengambil bahagian.

Syabas diucapkan kepada para atlet.

Saturday, August 13, 2016

Kursus Pemantapan Kepimpinan dan Etika T6

6 OGOS - Unit Disiplin PTEM3 SMSP telah menganjurkan kursus tersebut pada 6 Ogos 2016 bertempat di Dewan PTEM SMSP. Kursus sehari ini disampaikan oleh Pn. Saloma Ambo dari SMK Wakuba, Tawau.

PADU!

Untuk foto selanjutnya, sila kunjungi fan page rasmi Pusat Tingkatan Enam Mod 3 SM St. Patrick

Thursday, August 4, 2016

Permohonan Menjadi Ahli Exco MPPPU Bagi Sesi 2016/2017

Kepada pelajar 6 Rendah yang berkelayakan, anda adalah digalakkan untuk mengisi borang permohonan secara atas talian di blog ini. Tarikh tutup permohonan adalah pada 8.8.2016.

Pelajar yang layak akan menghadiri sesi temuduga dan sekiranya berjaya akan diumumkan pada 12.8.2016.

Daftar segera.

PADU!

Jumlah Pelawat

Takwim Kokum 2016

Featured Post

Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan 6 Bawah 2016

Permohonan Fasa Kedua UPU Online 2016

Feature (Side)

Mutiara Kata

Mutiara Kata

Countdown

countdown2

© 2016 PRAUNIVERSITI SM ST. PATRICK TAWAU. Hak Cipta Terpelihara. Blog ini dibangunkan oleh surfiansyah@gmail.com dengan menggunakan template oleh Templateism | Amanah dan Integriti |