Profil Sekolah

http://smstpatrick.com/wp-content/uploads/2014/02/cropped-2014-PATRICK.jpg


MISI

SM  ST. PATRICK TAWAU

Merealisasikan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Melalui langkah-langkah berikut :


1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan persekitaran yang ceria, indah dan selamat.

2. Memupuk budaya kerja cemerlang dan akauntabiliti tinggi di kalangan guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar.

3. Meningkat prestasi akademik ke 100% kelulusan untuk PMR & SPM dan mencapai GPS kurang daripada 2 dalam PMR dan GPS 4 untuk SPM.

4. Menyediakan aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, semangat berpasukan dan integrasi kaum serta menyertai semua pertandingan dan berusaha mencapai kecemerlangan.

 5  Meningkatkan sistem kawalan disiplin pelajar serta mengasuh pelajar-pelajar memahami, menghargai dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni.





LAGU SEKOLAH ST. PATRICK

St. Patrick sekolah tercinta
Bersyukur kita pada yang Esa
Marilah kita pelajar semua
Masyhurkan namanya
Untuk kejayaan kita berusaha
Disamping disiplinkan diri kita
Demi nama dan mutunya
St. Patrick tetap kupuja (2X)

Sumber: http://smstpatrick.com

0 comments:

Post a Comment

© 2016 PRAUNIVERSITI SM ST. PATRICK TAWAU. Hak Cipta Terpelihara. Blog ini dibangunkan oleh surfiansyah@gmail.com dengan menggunakan template oleh Templateism | Amanah dan Integriti |